Dubu Dubu Seoul Food, Mid Valley Megamall

17
Dubu Dubu Seoul Food is a halal Korean restaurant which has three branches in Malaysia.
As you know, a halal Korean restaurant is quite hard to come by.
Therefore, as a special entry to all my Muslim readers and to encourage more Malay language blogs (properly written of course, no bahasa rojak or bahasa rempit 😛 ), this post shall be written in Bahasa Malaysia.
Who knows….this can be my new year’s resolution….having a BM entry on monthly or weekly basis  🙂
Here we go
Dubu Dubu Seoul Food mempunyai 3 cawangan di Klang Valley iaitu di One Utama, Mid Valley dan yang terbaru, di Berjaya Times Square.
Saya dan BF telah berkunjung ke cawangan yang terletak di Mid Valley.
Lokasi restoran adalah di aras LG dan berdekatan dengan pasar raya Carrefour.

 

Menu.
Perkataan ‘dubu’ bermaksud tauhu dalam bahasa Korea.
Pilihan makanan yang terdapat di sini.
Setiap set makanan adalah termasuk nasi, sup dan 3 jenis banchan.
Soondubu Jjigae merupakan salah satu makanan popular di sini.
Terdapat banyak jenis Soondubu Jjigae dan setiap satu akan dihidangkan dengan nasi dan banchan. Tiada sup bagi set ini.

 

Restoran ini kelihatan agak baru.
Tidak ramai pengunjung pada masa ini kerana masih belum waktu makan malam.
Terdapat model set-set makanan Dubu Dubu yang dipamerkan di kaunter bayaran.
Klip video kumpulan-kumpulan K-pop ditayangkan sepanjang masa di sini.
Bagi saya, klip video tersebut sedikit mengganggu kerana dimainkan dengan agak kuat.
Peminat K-pop mungkin tiada masalah 😛
Cara-cara untuk mengacau dan menikmati Bibimbap.
Dan cara untuk memastikan Soondubu anda menjadi super sedap…hehe
Korean Spicy Chicken (RM15.90 ala carte)
Sos yang digunakan agak sedap.
Tidak terlalu pedas.
Cuma sedikit kecewa dengan ketulan ayam yang disaluti dengan tepung yang terlalu tebal.

 

 

BF memilih set Seafood Soondubu Jjigae (RM16.90).
Banchan yang dihidangkan pada hari ini ialah kimchi, tauge goreng dan kentang yang dimasak dengan lobak merah.
Sekilas pandang, Soondubu ini kelihatan sangat pedas.
Tauhu lembut dikacau bersama dengan telur.
Terdapat 2 ekor udang sederhana besar, lala dan sayur.
Rasa Soondubu di sini tidaklah sepedas yang disangka.
Saya pula telah memilih set Bulgogi (RM20.90).
Restoran ini sememangnya berbeza dengan restoran Korea lain yang pernah saya kunjungi kerana menghidangkan nasi perang.
Seperti yang diketahui ramai, nasi perang adalah lebih sihat berbanding dengan nasi putih.
Daging dimasak bersama dengan sayur campuran dan bawang besar.
Komen saya….rasa Bulgogi yang tidak begitu asli.
Tetapi hidangannya adalah besar dan cukup untuk 2 orang.
Nasi perang yang didatangkan dalam setiap set.
Jenis nasi yang sama yang dihidangkan semasa saya berada di Seoul dahulu.

 

 

Restoran Korea biasanya akan memberikan banchan yang tidak terhad.
Pengunjung boleh meminta dan menambah mana-mana banchan yang diingini.
Sayangnya bukan di Dubu Dubu.
Setiap satu jenis banchan tambahan akan dikenakan RM2.00.
2 sudu tauge yang berharga RM2.00…..mahal 🙁
Grilled Fish Ball (RM7.90)
Bebola ikan yang disaluti dengan sos (rasanya seakan-akan sos plum) dan serbuk cili.
Rasanya….boleh lah.. 😛



Dubu Dubu Seoul Food
LG-048, Lower Ground Floor,
Mid Valley Megamall,
Kuala Lumpur.

4 COMMENTS

  1. hi, may i know how is it that u know that dubu2 is halal? i really wanna go there but i just want to confirm that its really halal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here